Risau apartmen runtuh kerana jiran obesiti, wanita paling gemuk Russia akhirnya hilang 40kg - Dunia | mStar

Risau apartmen runtuh kerana jiran obesiti, wanita paling gemuk Russia akhirnya hilang 40kg

Natalia berjaya menurunkan 40 kg semenjak jirannya membuat aduan.

NATALIA Rudenko yang mendakwa dirinya wanita paling gemuk di Russia memuat naik foto transformasi terbaharunya.

Dia berjaya menurunkan 40 kilogram (kg) gara-gara aduan daripada jirannya.

Natalia menetap di tingkat dua sebuah apartmen di Volgograd Oblast.

Jiran yang menginap di tingkat bawah unit kediaman Natalia sebelum ini meluahkan rasa takut sekiranya siling rumah mereka runtuh gara-gara berat badan melampau yang dimilikinya.

Pada tahun lalu, kisah itu menjadi paparan akhbar di negara berkenaan.

Menurut jiran Natalian, Galina Klimova, dia ada sebab di sebalik kegusaran itu.

"Setiap kali Natalia mandi, air akan mengalir di lantai, kami nampak ia menitis ke dinding kami.

"Siling kediaman kami sentiasa lembab. Sesetengah bahagian dah mula merekah.

"Kami dengar tapak kaki dia, kami rasa takut siling runtuh disebabkan berat badan dia dan menimpa kami semua," kata Galina.

Natalia sebelum ini mempunyai berat badan 270kg. Kini, dia memiliki berat 225kg. - Daily Star.

obesiti , Natalia Rudenko