Doktor kata tiada harapan, wanita koma selama 28 tahun akhirnya sedar - Dunia | mStar

Doktor kata tiada harapan, wanita koma selama 28 tahun akhirnya sedar

Setelah koma selama 28 tahun, Munira Abdulla akhirnya sedar pada tahun lalu. FOTO: Metro

SETELAH koma selama 28 tahun, seorang wanita yang juga mangsa kemalangan pada tahun 1991 akhirnya tersedar.

Munira Abdulla, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 32 tahun sewaktu kejadian itu menimpa dirinya.

Dalam kejadian melibatkan rempuhan bas itu, Munira berada dalam kereta bersama anak lelakinya yang baru pulang dari sekolah.

Selepas koma, doktor memberi bayangan bahawa Munira tidak menunjukkan sebarang petanda untuk kembali sembuh.

Namun, pada tahun lalu Munira yang sedang koma tiba-tiba menjerit nama anak lelakinya sebelum tersedar.

Menurut anak lelakinya, dia terlalu gembira apabila wanita itu telah sedar dan mampu memanggil namanya semula.

"Dia mula buat bunyi pelik sewaktu koma masa tu. Saya suruh doktor periksa, mereka kata semuanya normal.

"Tiga hari selepas itu, saya sedar ada orang panggil nama saya. Rupanya ibu.

"Saya rasa gembira, sepertu mimpi. Nama saya menjadi perkataan pertama yang disebut," ujar lelaki itu. - Daily Star.

Munira Abdulla , koma , kemalangan

Artikel Lain

Sultan Ahmad Shah mangkat