suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua beradik dibiar kebuluran, ibu hanya beri makan najis anjing

Mary Elizabeth Moore.

SEORANG ibu ditahan kerana membiarkan dua anaknya berusia tiga dan lima tahun kebuluran dan hanya memberi mereka makan najis anjing.

Mary Elizabeth Moore, 34, didakwa atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak selepas dua anaknya ditemui dalam keadaan kurus kering sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Jay, Oklahoma.

Menurut laporan polis, berat badan anak sulungnya hanya sekitar 11.7 kilogram (kg) manakala anak bongsunya pula kira-kira 8.1kg.

Anak perempuannya berusia lima tahun memberitahu polis bahawa dia dan adiknya hanya diberi makan najis anjing.

Polis mendedahkan cacing parasit ditemui dalam perut salah seorang mangsa.

Dua kanak-kanak itu dibawa ke Unit Rawatan Rapi Hospital Saint Francis akibat kekurangan gizi dan terpaksa diberikan makanan khas melalui tiub.

Moore ditahan di kediamannya yang terletak di kawasan terpencil, kira-kira lima batu dari bandar Jay.

"Ia sesuatu yang di luar jangkaan saya kerana di sini semuanya amat baik dan kami mengenali antara satu sama lain," kata jiran Moore. - Metro.co.uk

kebuluran, najis anjing

Artikel Lain