Wanita terima tawaran lebih RM40,000 untuk putus tunang

Seorang wanita sanggup memutuskan pertunangannya kerana tawaran wang daripada ibu bakal suaminya. Gambar sekadar hiasan.

ADAKAH anda sanggup meninggalkan bakal suami demi wang berjumlah AS$10,000 (RM41,259)?

Bukan semua yang sanggup berbuat demikian kerana sogokan wang, tetapi berbeza dengan seorang wanita yang mendedahkan pilihannya.

Seorang wanita itu mendedahkan di laman sosial Reddit mengenai ibu bapa tunangnya menawarkan banyak wang kepadanya, dengan syarat dia perlu memutuskan hubungan dengan anak lelaki mereka.

Nampaknya wanita berkenaan tidak mempunyai masalah menerima wang tunai dan dia mempunyai alasan munasabah untuk berbuat demikian.

Selepas mereka bertunang, pasangannya itu mula berubah dan semakin mengongkong.

Tunangnya itu juga mula ketagih alkohol dan sering bertindak di luar kawalan.

Dia yang tertekan dengan sikap tunangnya itu mula menjauhkan diri.

Sebaik ibu tunangnya menawarkan AS$10,000 agar berpisah dengan anak lelakinya, peluang keemasan itu tidak seharusnya dilepaskan. - Mirror UK

tunang

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain