suria

Cantik tapi bahaya kepada Bumi! Nasa keluarkan amaran mengenai fenomena aurora

Foto pembentukan aurora yang berjaya dirakam oleh Nasa.

CANTIK tetapi berbahaya!

Begitulah yang mungkin dapat digambarkan mengenai fenomena aurora yang berjaya dirakam oleh pihak Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa).

Sejurus mendedahkan foto itu, Nasa turut mengeluarkan amaran bahawa ia boleh memberi ancaman kepada hidupan di planet bumi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kuil alien' didakwa dilihat di Marikh dalam foto diambil Nasa

ARTIKEL BERKAITAN: Nasa putus harapan, kenderaan dihantar ke planet Marikh rosak akibat ribut pasir

Menurut pakar astronomi, pembentukan cahaya itu merupakan petanda kepada fenomena yang boleh membawa keruntuhan tamadun moden pada hari ini.

Aurora adalah satu kejadian alam yang mana ia berlaku daripada ledakan api kecil di matahari sehingga ia sampai ke bumi.

Pada kebiasaannya, ribut solar ini tidak perlu dirisaukan.

Namun, ia dikhuatiri membawa ribut kuat yang boleh menyebabkan berlakunya kekacauan di bumi.

Lebih teruk, sistem rangkaian komunikasi juga berisiko terputus jika ia berlaku.

"Kagumi kecantikannya tetapi takut dengan kuasanya. Di sini berlakunya pembentukan pusaran hijau yang hebat.

"Raksasa ini adalah ombak partikel yang membentuk aurora dan mungkin suatu hari nanti, ia memberi kesan kepada masyarakat moden di bumi," ujar Nasa.

Ribut solar paling popular pernah berlaku pada 1859 sewaktu 'Carrington Event.' - Metro.UK.

NASA, aurora, matahari

Artikel Lain