suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Curi lebih RM210,000 daripada majikan untuk belanja barangan mewah

Hasnija Osmanagic disabitkan hukuman penjara 15 bulan kerana pecah amanah. Foto SWNS

SEORANG wanita mencuri hampir £40,000 (RM213,646) daripada majikannya dan membelanjakan wang berkenaan dengan membeli barangan mewah.

Hasnija Osmanagic, 33, memindahkan wang dari akaun perniagaan ke akaun peribadinya dalam tempoh 17 bulan.

Antara Jun 2016 dan Oktober 2017, dia mencuri £39,812 (RM212,614) dari syarikat teknologi di tempat dia bekerja di Derby, England.

Akibat perbuatannya itu, Osmanagic dipenjara selama 15 bulan selepas dia mengaku salah di Mahkamah Derby Crown pada 10 April lalu.

Menerusi pendengaran mahkamah, dia menggunakan wang yang dicuri untuk membeli barangan mewah seperti beg Louis Vuitton, jam tangan Rolex dan kasut Gucci. - Mirror UK

Artikel Lain