suria

Hukuman mati menanti pelancong rakam swafoto di pantai dekat lapangan terbang

Pelancong mengambil gambar di pantai semasa pesawat sedang berlepas.

PELANCONG boleh berdepan dengan hukuman mati kerana mengambil gambar swafoto di pantai dekat sebuah lapangan terbang yang sibuk di Thailand, menurut beberapa laporan.

Pantai dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket begitu terkenal dalam kalangan pelancong, tetapi ramai mengambil gambar semasa kapal terbang berlepas.

Dilaporkan, tindakan tersebut membangkitkan kemarahan pengurusan lapangan terbang yang menyifatkan ia boleh menganggu tumpuan juruterbang.

Timbalan pengurus besar lapangan terbang itu, Wichit Kaewsaithiam berkata: "Kita mewujudkan zon keselamatan yang akan dikategorikan sebagai kawasan larangan untuk pelancong mengambil gambar.

"Selain kawasan ini, penduduk tempatan dan pelancong masih boleh mengambil gambar seperti biasa," katanya.

Ketua lapangan terbang itu turut dilaporkan memberi amaran kepada pelancong mengenai dron dan pen laser di kawasan itu bagi mengelakkan tumpuan juruterbang terjejas.

Bercakap kepada Bangkok Post, Kaewsaithiam berkata, penalti maksimum adalah hukuman mati.

Pengarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Monrudee Gettuphan sebelum ini memberitahu, para pegawai bimbang mengenai keselamatan orang ramai yang mengambil gambar swafoto dekat pesawat.

Seorang pegawai dilaporkan berkata, orang ramai diminta menjauhkan daripada kawasan larangan itu bagi mengelakkan kemalangan.

Laporan turut memberitahu bahawa amaran itu turut bertujuan untuk melindungi pendengaran orang ramai akibat bunyi bising enjin pesawat.

Menurut Daily Mail UK, seorang pegawai berkata: Penalti untuk mana-mana pihak yang termaktub untuk peraturan itu termasuk hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara antara lima dan 20 tahun, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Penerbangan 1978. - Mirror UK

swafoto, Phuket, hukuman mati

Artikel Lain