suria

Tiga pelajar universiti maut selepas 'adegan berkumpulan' dengan seorang wanita

Polis turut menemui Tramadol di tempat kejadian. Foto: Getty Image

TIGA pelajar lelaki  meninggal dunia selepas disyaki melakukan hubungan seks dengan seorang wanita.

Dua daripada lelaki itu dipercayai pelajar di sebuah universiti teknologi di Nigeria.

Pihak turut mengesahkan mangsa ketiga yang juga disyaki menggunakan dadah ketika insiden tersebut berlaku di Sunshine Lodge.

Turut ditemui di tempat kejadian adalah ganja serta ubat tahan sakit, Tramadol.

Komisioner Polis Rabio Ladodo berkata: "Saya boleh sahkan bahawa pelajar ketiga juga telah meninggal dunia.

"Saya hanya baharu dapat maklumat hari ini (Khamis) bahawa dia telah meninggal dunia di hospital ketika dirawat.

"Kematiannya menjadikan angka kematian bertambah tiga orang daripada insiden tersebut.

"Manakala wanita yang terlibat masih hidup dan keadaanya stabil.

"Tiga mangsa dikenali sebagai Ugochukwa Kingsley, Richard dan Aka Uche.

Jurucakap polis memberitahu sebelum ini: "Pada 12 April lalu, maklumat diterima daripada penjaga Sunshine Lodge di Ihiagwa, Owerri bahawa beberapa orang pelajar universiti terlibat dengan seks berkumpulan dengan seorang pelajar (perempuan) dari universiti yang sama.

"Pihak polis dari Nekede bergegas ke tempat kejadian dan menemui empat mangsa dalam keadaan bogel dan tidak sedarkan diri." - metro.co.uk

Dadah, tiga maut

Artikel Lain