suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna jaket kalis peluru, dua jiran ‘main tembak-tembak’

Jaket kalis peluru. Foto SimmeD/Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

DUA penduduk di Arkansas, selatan Amerika ditahan minggu ini kerana bergilir-gilir menembak antara satu sama lain menggunakan senapang separuh automatik sambil memakai jaket peluru.

Charles Eugene Ferris, 50 tahun, dimasukkan ke hospital Benton County pada Ahad lalu dengan kesan merah di bahagian atas dadanya.

Doktor memberitahu polis mengenai luka yang mencurigakan dan dalam satu siasatan dengan seorang timbalan dari Pejabat Syerif Benton County, lelaki itu cuba memberikan penjelasan yang munasabah.

Dia mendakwa bahawa seseorang telah membayanya untuk perlindungan dan selepas mereka bertemu dengan individu ketiga kira-kira pukul 10 malam Ahad lalu, insiden tembak-menembak berlaku.

Lelaki berusia 50 tahun itu memberitahu polis bahawa dia ditembak beberapa kali dan membalas tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana memakai jaket kalis peluru, tetapi dia dibawa ke hospital.

Malangnya, Ferris lupa memberitahu isterinya mengenai apa yang berlaku sehingga menjadikan ia seperti kejadian tembakan yang sebenar.

Namun selepas disoal siasat, Charles menceritakan di sebalik kejadian di mana dia melakukan perkara tersebut bersama seorang jirannya.

Kedua-dua mereka ditahan kerana melakukan serangan, tetapi kemudian dilepaskan dengan jaminan bon.

Mereka dikenakan pertuduhan melakukan serangan, berdepan dengan penjara maksimum enam tahun dan denda sehingga AS$10,000.

Mereka akan dihadapkan ke mahkamah Benton County pada 13 Mei depan. - odditycentral

tembak, kalis peluru

Artikel Lain