suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minum teh, kopi panas boleh tingkatkan risiko kanser?

Kajian itu diterbitkan dalam Jurnal Kanser Antarabangsa Kanser. FOTO: Time Magazine

MENIKMATI minuman teh atau kopi panas boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser oesophageal, dedah satu kajian.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kanser Antarabangsa Kanser dibuktikan dengan kajian ke atas 50,045 individu berusia 40 hingga 75 tahun untuk median 10 tahun.

"Ramai orang suka minum teh atau kopi dan minuman panas lain. Menurut laporan kami, ia berupaya meningkatkan risiko kanser oesophagal.

"Jadi, anda dinasihatkan menunggu sehingga ia sejuk sebelum minum, " kata pengarang utama Farhad Islami, dari Persatuan Kanser Amerika.

Susulan kajian itu, 317 kes baharu kanser oesophageal telah direkodkan.

Kanser oesophageal merupakan penyakit melibatkan kecacatan sel dalam salur pemakanan yang membesar dengan tidak terkawal.

Menurut Kajian Kanser UK, ia turut dikenali sebagai gullet. - India Times.

kanser oesophageal, teh, kopi, kajian

Artikel Lain