Perisik British sertai Daesh digelar Osama bin Bieber, mati dibunuh akibat belot - Dunia | mStar

Perisik British sertai Daesh digelar Osama bin Bieber, mati dibunuh akibat belot

Nassir Muthana (kanan) dipercayai banyak merekrut ahli Daesh

SEORANG jejaka dari Coventry, England yang menyertai Daesh dilaporkan menjadi rakyat pertama negara itu yang dibunuh oleh kumpulan pengganas.

Mohammed Ismail meninggalkan United Kingdom (UK) pada 2014 sebelum ke Syria sewaktu berusia 18 tahun untuk menjadi perisik.

Dia diberi jolokan Osama bin Bieber kerana penampilannya yang muda dan remaja.

Dia dikatakan sudah dibunuh pada 2016 selepas mendedahkan lokasi Nasser Muthana yang banyak merekrut pengganas kepada pasukan risikan barat, lapor The Sunday Times.

Menurut salah seorang ahli Daesh yang enggan dikenali, Ismail dibunuh kerana belot kepada Muthana.

"Mereka soal siasat dia, dia mengaku segalanya. Akhirnya dia dibunuh," ujar individu tersebut.

Ismail sebelum ini dipercayai pernah tercedera sewaktu berperang di Syiria sebelum diberikan jawatan sebagai pegawai polis Daesh.

Menurut sumber itu lagi, dia dibunuh di satu lokasi di Raqqa, namun kaedah pembunuhan lelaki itu tidak didedahkan. - The Indipendent.

daesh , osama bin bieber , syria

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain