suria

Jenaka April Fool melampau, suami buat prank hingga isteri meninggal dunia

Sambutan 1 April setiap tahun sering disambut dengan jenaka April Fool. FOTO: Snopes.com

BAGAIKAN menjadi satu tradisi, 1 April setiap tahun akan disambut dengan prank dan tipu helah yang dikenali sebagai April Fool.

Sempena membuka lembaran baharu April tahun ini, apa kata kita imbau kembali beberapa jenaka April Fool yang pernah dilaporkan pada tahun-tahun sebelum ini.

Pada tahun 2001, seorang juruhebah radio di Brighton, England membuat pengumuman bahawa rangka kapal Titanic muncul di perairan Beachy Head.

Ia menimbulkan kekecohan awam sehingga ratusan individu berpusu-pusu ke lokasi itu sebelum mendapat tahu bahawa ia sekadar jenaka April Fool.

Lain pula ceritanya pada 1896 apabila seorang lelaki membuat prank terhadap isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia.

John Ahrens dari Nashville, Tennessee, memakai topeng putih untuk menakutkan isterinya.

Setelah mengetuk pintu rumah, wanita itu yang terkejut dengan kehadiran lelaki bertopeng putih rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Lebih pilu, mereka baru sahaja berkahwin beberapa bulan sebelum itu.

Ahrens dikatakan cukup menyesal dan nekad untuk berubah selepas kejadian itu.

Pada 2002 pula, seorang lagi juruhebah radio membuat jenaka April Fool apabila mengumumkan sumber air di Bandar Kansas tercemar dengan dihydrogen monoxide.

Pengumuman itu pantas menimbulkan kekecohan ramai sehingga pihak polis menerima 100 panggilan telefon.

Pada 2010, akhbar di Jordan membuat laporan mengenai pendaratan UFO sempena 1 April tahun itu.

Ia menyebabkan orang ramai ketakutan sehingga ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah. - Mirror.

april fool, prank, jenaka

Artikel Lain