suria

Suami isteri ambil 50 anak angkat, kenakan peraturan sebelum masuk rumah

Viv dan Ken mengambil anak angkat sejak 35 tahun lalu. Foto Mirror UK

PADA usia 79 dan 86 tahun, Viv dan Ken menjalani kehidupan persaraan yang baik.

Selama tiga dekad, rumah mereka di Kent, England menjadi tempat tinggal buat kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam hidup.

Ven dan Ken mengambil anak angkat buat pertama kali 35 tahun lalu.

Ketika itu, Ken merupakan broker saham, berulang-alik ke London setiap hari, manakala Vic adalah suri rumah dan bekerja sambilan.

"Sejak mengambil anak angkat yang pertama, kami tidak menoleh ke belakang," kata Ken.

"Anda tidak melakukannya untuk wang - ia adalah pekerjaan 24 jam sehari yang ada caranya, dan ia boleh menjadi tugas yang sukar.

"Tetapi semua kanak-kanak berhak mendapat keluarga yang lengkap," tambah Ken.

Pasangan itu menngambil 50 anak angkat dan mengenakan peraturan kepada kanak-kanak yang baru tiba di rumah mereka.

Menurut Viv, syaratnya ialah tidak boleh makan di dalam bilik tidur, makan bersama keluarga di meja makan sekali sehari dan tidak menghabiskan terlalu banyak masa dengan telefon.

"Mereka nampaknya menyukai batasan itu.

"Kebanyakan mereka tidak mempunyai (peraturan) seperti itu di rumah mereka, jadi mereka amat menghargainya," ujarnya.

Bukan setakat kanak-kanak warga Britain yang bermasalah dibantu Viv dan Ken sejak bertahun-tahun, malah mereka turut menerima pelarian dari seluruh dunia.

"Kami menerima kanak-kanak dari Afghanistan, Syria dan China, dan sentiasa memastikan mereka serasi dengan perbezaan budaya," ujar Viv. - Mirror UK



anak angkat

Artikel Lain