suria

Wow macam 'real'! Syarikat Jepun hasilkan topeng haiwan saiz kepala manusia

Topeng kucing bersaiz manusia. Foto-PR Times

SEBUAH syarikat Jepun mencipta topeng haiwan yang realistik, malahan sekali pandang ia menyerupai binatang peliharaan anda.

Pejabat perancangan Masayoshi Shindo Masaki adalah syarikat yang mereka bentuk topeng haiwan dan memanggilnya sebagai 'keluarga saya', bersesuaian dengan konsepnya.

Misalnya, topeng kucing yang dihasilkan sungguh luar biasa tetapi ia sedikit besar daripada saiz kepala manusia sebenar.

Kakitangan syarikat itu yang menghasilkan topeng berkenaan berbangga dengan hasil kerja mereka, malah membentuk imej kucing Bengal dinamakan Rui di Kyoto.

Proses penghasilkannya bermula dengan menghantar gambar haiwan yang mahu dibentuk menjadi topeng.

Urusan itu akan dikendalikan pejabat perancangan syarikat berkenaan.

Jika anda perhatikan, bukan sahaja kucing atau anjing, malah mereka juga turut menawarkan topeng berbentuk orang utan,badak dan juga untuk Halloween.

Anda boleh memakainya untuk acara tertentu atau hanya untuk menunjukkan kasih sayang pada kucing kesayangan. 

Setakat ini, setiap topeng ditawarkan pada harga £2,044.20 (RM11,004).-metro.co.uk

kucing, comel

Artikel Lain