suria

Cuaca panas terik, kuda terjatuh di tengah jalan sebaik turunkan penumpang

SUHU mencecah 32 Celsius menyebabkan seekor kuda terpaksa mengaku kalah dan menyembah bumi. Sungguh menyedihkan!

Kejadian berlaku ketika haiwan yang menarik kereta kuda di tengah bandaraya Manila tiba-tiba terjatuh akibat kesan cuaca panas terik.

Ia berlaku sebaik menurunkan penumpang dan tambah menyedihkan apabila pemiliknya tidak membantunya sebaliknya memukulnya supaya ia bangun semula.

"Kuda yang kurus itu kelihatan keletihan kerana cuaca panas dan pencemaran di bandar itu," demikian kata Jay David yang merakamkan situasi itu.

Seorang saksi, Rose Santos yang juga penduduk di bandar itu berkata, pemilik kereta kuda sering mengerah tenaga haiwan berkenaan.

"Kuda itu kepenatan dan apabila dipaksa pun ia tidak dapat bangun semula.

"Ia bagaikan mahu terus tidur di tengah jalan, tiada tenaga langsung," katanya. -Metro.co.uk


kuda, Manila

Artikel Lain