suria

Gadis dikurung dalam sangkar anjing, dipukul dan dibiarkan kelaparan sebelum maut

Mary Crocker.

SEORANG gadis berusia 14 tahun yang mayatnya ditemui ditanam di laman belakang rumah keluarganya dipaksa tinggal di dalam sangkar anjing dan dibiarkan kelaparan.

Mary Crocker dipercayai tinggal di sebuah tempat kecil sehingga badannya menjadi tidak normal dan dia turut dipukul.

Bukan itu sahaja, gadis itu turut dibiarkan dalam keadaan bogel dan hanya mandi jika ada seseorang mengangkat sangkar tersebut dari dapur ke bilik mandi,

Di situ dia hanya akan disembur dengan air semata-mata. 

Polis di Amerika Syarikat (AS) berkata lima ahli keluarganta yang terlibat dalam penderaan Mary turut memberikan makanan beracun agar gadis itu tidak menjamah makanan tersebut.

Pegawai polis berkata ia adalah hukuman kepada pelbagai tabiat buruk seperti enggan bersenam atau melakukan kerja atau mencuri makanan.

Mayat Mary ditemui ditanam bersebelahan mayat abang sulungnya.

Mayatnya ditemui pada ulang tahun kelahirannya yang ke-14 di sisi mayat abang sulungnya, Elwyn di laman belakang keluarga tersebut di Geogria, AS.

Polis berkata kedua-duanya hanya belajar di rumah dan tidak pernah dilaporkan hilang.

Crocker turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 11 tahun yang menghidap cerebral palsy dan kini diletakkan di rumah kebajikan susulan penahanan bapa dan ibu tirinya.

Pendedahan itu dibuat semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Agung Efingham County.

Lima ahli keluarganya turut didakwa atas pertuduhan membunuh.

Namun tiada pertuduhan dikenakan berhubung kematian Elwyn, 16, yang mungkin meninggal dunia dua tahun lalu sebelum Mary.

Bapa gadis itu, Elwyn Crocker Snr, 50, dan isterinya, Candice, 33, dan ibunya Kim Wright, 50 antara lima ahli keluarga yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Mary.

Elwyn Crocker Snr.

Suspek lain adalah teman lelaki Wright, Roy Anthony Prater, 55, dan bapa saudara tiri Mary, Tony Wright.

Penyiasat Abby Brown semasa sesi pendengaran memberitahu Mary dibiarkan tinggal di dalam sangkar selama 24 jam.

Gambar Mary di dalam sangkar diambil sebelum kematiannya pada Oktober 2018 didakwa ditemui di dalam telefon bimbit bapanya.

Brown berkata bapa Mary mengaku bersalah melakukan penderaan terhadap anaknya itu atas arahan isteri dan ibunya. - Metro.co.uk

penderaan, sangkar

Artikel Lain