suria

Saintis bingung bangkai ikan paus dijumpai dalam hutan Amazon, jauh dari laut

Ikan paus mati terdampar di hutan Amazon. - Foto Instagram/bicho_dagua

MISTERI menyebulungi apabila ikan paus ditemui mati terdampar di hutan Amazon dan bukannya di lokasi habitat semula jadinya.

Saintis segera mencari bangkai haiwan mamalia itu yang dianggarkan sepanjang 11 meter dan enam meter lebar selepas video haiwan malang tersebut tersebar luas.

Penemuan pelik itu berlaku pada Jumaat dan pasukan penyiasat buntu memikirkan tentang insiden berkenaan kerana haiwan tersebut tidak mempunyai sebarang luka.

Menerusi video yang dimuat naik secara online itu, mamalia tersebut ditemui selepas beberapa ekor burung helang kelihatan berterbangan di atasnya.

Sekumpulan ahli biologi daripada badan bukan kerajaan (NGO) Bicho D'agua bergegas ke tempat kejadian untuk mengetahui punca ikan paus itu terdampar jauh dari lautan, menurut portal berita O Tempo Brasil.

Kedudukan ikan paus itu menimbulkan keraguan kerana kejadian tersebut berlaku ketika musim sejuk di Amazon.

Kebiasaannya ikan paus jenis ini dijumpai pada musim panas di Lembangan Amazon, apabila garam laut memasuki kawasan sungai.

Agensi berita di Brazil melaporkan, pakar terus berkejar untuk mendapatkan bangkai tersebut dan kemudian, membedahnya untuk sampel analisis.

Analisis itu diperlukan bagi mengenal pasti bagaimana ikan paus tersebut terdampar di lokasi ia ditemui.

Pada cubaan kedua, mereka berjaya menemui haiwan itu terdampar 15 meter dari pantai di sebuah kepulauan Marajo.

Ikan paus itu sedikit kecil daripada saiz asal ia dianggarkan dan panjangnya lapan meter.

Haiwan mamalia tersebut dianggarkan berumur satu tahun dan pakar mengandaikan teori bahawa haiwan itu kehilangan ibunya semasa proses migrasi.

NGO berkata, mereka mengesyaki bangkai haiwan tersebut adalah anak ikan paus yang tersangkut di paya bakau selepas terhempas ke darat akibat ombak tinggi.

Sementara itu agensi berita laut dan perkapalan, Maritime Herald  membuat anggapan bahawa haiwan itu mungkin mati akibat tertelan plastik dan kemudian bangkainya dibawa hanyut ke darat. - News AU

ikan paus

Artikel Lain