suria

Unta 'mogok lapar' setelah polis yang selalu meronda dengannya meninggal dunia

SEEKOR unta yang sering digunakan untuk tujuan rondaan enggan makan setelah anggota polis yang selalu bersama dengannya meninggal dunia.

Anggota itu, Shivraj Gadhvi meninggal dunia sewaktu sedang bertugas di Pingleshwar, tidak jauh dari sempadan Pakistan.

Selain penduduk kampung di kawasan itu yang bersedih dengan pemergian Gadhvi, unta itu juga seolah-olah turut berduka.

Menurut pihak polis, anggota berusia 56 tahun itu sempat memberi makan kepada unta itu sebelum dia meninggal akibat serangan jantung.

"Dia pergi ke kawasan bertugas dalam 9.30 pagi, dia bagi unta itu makan. Tak lama selepas itu dia rebah," ujar seorang individu dalam angkatan itu.

Menurut mereka, unta berkenaa seolah-olah hilang selera, enggan minum dan makan setelah Gadhvi meninggal dunia. - Daily Mail.

Unta, Shivraj Gadhvi

Artikel Lain