suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 60 tahun mati akibat serangan monyet, penduduk kampung nekad lakukan pemburuan

SEKUMPULAN penduduk di perkampungan Kathail di Chandausi, India nekad memburu monyet yang sering mengganggu kehidupan mereka.

Terbaharu, gerakan itu semakin agresif apabila dua kematian dilaporkan, akibat serangan monyet di kawasan mereka.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 60 tahun meninggal dunia kibat terjatuh setelah diserang sekumpulan moneyt.

Wanita itu dikatakan sedang memasak di beranda rumahnya sebelum mengalami pendarahan akibat terjatuh dalam usahanya untuk menghalau kumpulan haiwan itu.

Dia yang mengalami pendarahan teruk dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Tidak jauh dari lokasi tempat tinggal wanita itu, seorng lelaki berusia 20 turut meninggal dunia akibat cedera diserang monyet.

Biarpun sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa, masalah monyet di kawasan itu masih berlarutan.

Malah, ia menimbulkan kemarahan orang ramai berikutan pelbagai masalah yang timbul akibat kehadiran monyet yang tidak terkawal. - Daily Mail.

Monyet, India

Artikel Lain