suria

Sedut syiling meter parkir, geng samun kaut lebih RM600,000

Keadaan mesin bayar parkir yang disamun. - PA

GENG samun terancang berjaya merompak sejumlah 120,000 pound sterling (RM649,000) wang yang terkumpul di mesin parkir bermeter sekitar kawasan Kensington dan Chelsea dalam tempoh 12 bulan.

Rompakan itu dilakukan geng samun terbabit hanya dengan menggunakan penukul besi dan seterusnya menyedut duit syiling berkenaan menggunakan vakum. 

Penukul itu digunakan untuk membentuk lubang bagi memasukkan vakum.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa di kedua-dua daerah berkenaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan bayar secara tunai bagi mengurangkan jumlah wang dalam meter.

Pemandu digesa untuk membayar caj tempat letak kereta menerusi aplikasi atau sistem telefon.

Keseluruhannya terdapat lebih 700 mesin parkir terdapat di seluruh kawasan tersebut.

Ahli jawatankuasa Jalan, Perancangan, Pengangkutan wilayah Kensington dan Chelsea, Will Pascall berkata, kumpulan samun ini mengintip dan seterusnya, menghancurkan mesin berkenaan untuk mengambil wang berkenaan.

"Polis memaklumkan kegiatan ini bermula daripada aktiviti penagihan dan pengedaran dadah," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembayaran letak kereta PayByPhone, Johny Combe berkata, servis ayaran parking adalah kaedah yang bersesuaian untuk menggantikan syiling bagi mengurangkan jenayah samun dan sasaran vandalisme.

Dalam pada itu, parkir bayaran tanpa tunai memudahkan pemandu, di mana mereka boleh meletakkan kenderaan dalam beberapa saat dan menggunakan telefon untuk memanjangkan masa parkir di mana mereka berada, manakala pengguna motorsikal perlu menggunakan kaedah bayar tanpa tunai kerana ia adalah salah satu trend terkini.-Daily Mail

mesin parkir, samun

Artikel Berikut

Artikel Lain