suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pippa Middleton kembali curi perhatian selepas bergelar ibu

ADIK kepada Duchess of Cambridge muncul di majlis Beating Hearts Ball bagi menyokong Yayasan Jantung British di Guildhall, London pada Rabu lepas dengan penampilan pertamanya sejak melahirkan anak pertamanya, Arthur.

Pippa tampak elegan dan anggun dengan busana gaun hitam merah dipadankan dengan beg berjenama Emmy London berwarna merah.

Pippa kurang aktif sejak bergelar ibu empat bulan lalu dan majlis itu adalah acara rasmi yang pertama dihadirinya.

Dia pernah kelihatan meluangkan masa bercuti bersama suaminya di St. Barts sempena sambutan tahun baru sebelum ini. 

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Arthur pada Oktober lepas. Pippa telah melangsungkan perkahwinannya dengan jutawan itu pada 2017.-eonline

Pippa Middleton, Kate Middleton

Artikel Lain