suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dianggap hodoh, wanita bawa kucing belaan buat pembedahan plastik

Keadaan kucing selepas menjalani pembedahan. Foto Jiangsu Television Station

SEORANG wanita didakwa bertindak kejam terhadap haiwan selepas membawa kucing peliharaannya untuk melakukan pembedahan plastik.

Wanita dari China itu membawa kucingnya untuk melakukan pembedahan pada bahagian mata selepas mendakwa dia tidak menyukai bentuk mata haiwan itu.

Malah, dia menganggap kedua-dua mata kucingnya itu hodoh.

Kucing berwarna kelabu itu dikatakan menjalani pembedahan pada kelopak mata.

Laporan saluran TV, Jiangsu mendakwa doktor veterinar terpaksa memotong kelopak mata kucing itu menggunakan pisau bedah.

Stesen TV itu turut mendedahkan gambar-gambar kucing berkenaan selepas menjalani pembedahan yang dipercayai menelan belanja kira-kira £1,100 (RM5,953).

Berdasarkan gambar-gambar, bulu kucing itu pada bahagian muka telah dicukur, sehingga menampakkan mata haiwan itu berwarna merah dan lebam.

Terdapat kesan jahit pada bahagian kedua-dua mata kucing itu. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain