suria

Priyanka-Meghan bukan lagi BFF?

PERSAHABATAN antara Priyanka Chopra dan Meghan Markle kini dalam keadaan tidak baik apabila hati salah seorang telah terluka.

Apabila Priyanka berusaha menghadiri majlis perkahwinan gilang gemilang Meghan dan Putera Harry Mei lalu, sebaliknya berlaku pada hari bersejarah buat diri aktres Bollywood itu.

Semuanya kerana tindakan Duchess of Sussex enggan hadir pada majlis perkahwinan Priyanka dan Nick Jonas, Disember lalu.

"Priyanka berkecil hati dengan tindakan Meghan," demikian menurut sumber.

Susulan itu pula, Priyanka dikatakan enggan hadir pada majlis baby shower yang diadakan di Hotel Mark, New York.

Majlis itu telah dianjurkan bersama Serena Williams dan Amal Clooney.

Dilaporkan Priyanka memberi alasan beliau sibuk di Los Angeles kerana menguruskan hal buku tulisannya sedangkan sumber memberitahu segalanya kerana tindakan Meghan yang meremukkan hatinya apabila tidak hadir pada majlis perkahwinannya di India.

Sumber memberitahu US Weekly pula, sebab utama Meghan tidak hadir ke majlis Priyanka-Nick kerana ketika itu dia sedang hamil.

"Persahabatan mereka akan berakhir kecuali jika Meghan memohon maaf.

"Status Priyanka sebagai bintang antarabangsa tentu sekali mempunyai pengikut media sosial yang begitu ramai, mungkin juga dia lebih popular berbanding Meghan.

"Jadi, dia anggap Meghan tidak menghormatinya dan juga persahabatan mereka," kata sumber.

Bagaimanapun,jurucakap Priyanka enggan komen berhubung isu berkenaan, tetapi sumber terdekat dengan bekas Ratu Cantik Dunia itu berkata: "Tiada masalah antara kedua wanita itu, mereka masih berkawan dan apa yang diperkatakan adalah tidak benar dan tidak tepat."- news.com.au


Priyanka, Meghan

Artikel Lain