suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Monyet 'culik' budak 2 tahun, bawa bersiar-siar tepi jalan bagai kawan baik

SEEKOR monyet melarikan kanak-kanak berusia dua tahun dalam kejadian terbaharu di Haryana, India.

Tidak dicederakan, sebaliknya monyet itu dilihat memeluk erat bayi berkenaan sambil bermain dengannya, di tepi jalan.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh seorang individu sebelum ia tular.

Malah, bayi itu juga langsung tidak kelihatan takut, sebaliknya tenang sahaja sewaktu berada dalam 'jagaan' haiwan itu.

Tidak lama kemudian, seorang wanita menghampiri untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, namun enggan dilepaskannya.

Gara-gara perebutan itu, monyet berkenaan bertukar sedikit agresif, mungkin kerana berasa terancam.

Namun sehingga kini tidak diketahui pengakhiran kes itu berikutan video yang ditularkan hanya berdurasi pendek. - Daily Star.

Monyet, Bayi, Haryana, India

Artikel Lain