suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dari PUBG ke dunia nyata, pasangan ini akhirnya bersatu

SIAPA kata permainan video hanya memberi kesan buruk?

Jika digunakan dengan betul, ia juga boleh menjadi medium pencarian jodoh.

Terbaharu, seorang jejaka dari Zagazig, Mesir, bertemu jodoh dengan gadis idamannya menerusi permainan PUBG.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta berputik ketika main RPG online, 'gamer' profesional terbang dari AS kahwini pembantu domestik

Nourh-al-Hashish berkongsi kisah gembira itu menerusi laman Twitter.

"Bermula dengan PUBG, kami akhirnya di sini," tulisnya pada kapsyen berserta foto majlis pertunangan mereka.

Posting itu yang dimuat naik pada Ahad lalu menerima lebih 2,600 ulang kicau (Retweet) dan 14,000 tanda suka.

Pasangan itu sebelum ini pernah bertemu secara maya dalam permainan video PUBG sebelum betul-betul berkenalan di dunia nyata.

Berkongsi hobi dan minat yang sama, ia menjadi pengikat utama cinta pasangan itu.

Bagaimanapun, mereka tidak berkongsi tarikh perkahwinan, tetapi ia dijangka berlangsung tidak lama lagi. - times now news.

PUBG, Nourh-al-Hashish

Artikel Lain