suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imej lelaki tanpa kepala dalam Google Maps cetus tanda tanya

Cerapan imej dari platform berkenaan. FOTO: Google Maps

PERNAH beberapa kali sebelum ini Google Maps berjaya merakam foto aneh dan kelakar secara tidak sengaja sehingga ia tular dalam kalangan pengguna.

Kali ini, satu lagi cerapan imej menerusi platform itu turut menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dicerai suami gara-gara 'kantoi' foto mesra dalam imej Google Maps

Imej berkenaan memaparkan seorang individu tanpa kepala sedang duduk di atas bangku, di tepi sebuah rumah.

Bagaimanapun, imej berkenaan dikatakan terhasil gara-gara kesilapan teknikal sewaktu cerapan imej dilakukan, suatu ketika dahulu.

Ia berlaku kerana kamera Google Maps merakam foto di lokasi sama secara berulang kali sewaktu lelaki tersebut masih berada di sana sehingga dia sudah beredar dari bangku berkenaan.

Sebelum ini, Google Maps turut memaparkan imej seorang wanita sedang bermesraan dengan seorang pemuda di atas bangku, di tepi jalan.

Lebih mencuit hati, suami wanita dalam foto itu yang sedang menggunakan Google Maps untuk melihat arah jalan terkesima apabila terlihat paparan aksi isterinya bersama lelaki lain.

Biarpun cerapan foto Google Maps itu dirakam pada tahun 2013, suami wanita itu tetap tidak berpuas hati sebelum menceraikan isterinya.

Malah, lelaki itu turut memuat naik foto berkenaan ke laman sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.-Daily Star.

 

Google Maps

Artikel Lain