suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri emel mohon maaf kepada mangsa, pesanan yang seterusnya amat mengejutkan

Gambar hiasan.

SEORANG pelajar universiti yang kehilangan sebuah komputer riba akibat dicuri, didakwa menerima emel daripada pencuri.

Malah, pencuri terbabit memberi penjelasan tindakannya itu dengan mendakwa dirinya sangat miskin.

Emel permohonan maaf daripada pencuri itu tular di Twitter selepas pelajar dari Birmingham, United Kingdom, Stevie Valentine membuat perkongsian paparan skrin emel tersebut.

Keterangan gambar menyebut: "Komputer riba rakan serumah saya dicuri hari ini, lihat apa yang pencuri hantar pada dia"

Pencuri berkenaan memulakan tulisannya dengan mengatakan dia memohon maaf teramat sangat kerana mencuri komputer riba itu, dan cuba menjelaskan bahawa jenayah itu dilakukannya kerana dia sangat miskin dan memerlukan wang.

Foto Twitter StevieBlessed

Pencuri itu turut menulis memberitahu dia juga boleh saja mencuri dompet dan telefon mangsa, tetapi mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

"Saya biarkan telefon dan dompet anda, jadi saya harap saya dapat berbuat sesuaru," menurut emel tersebut.

Pencuri itu menambah: "Saya dapat lihat anda seorang pelajar universiti. Jika ada mana-mana fail di dalam ni (komputer riba) seperti tugasan universiti yang anda perlukan, tolong beritahu saya dan saya akan hantar kepada anda di sini, sebelum mengulangi permohonan maaf.

"Sekali lagi, saya minta maaf," katanya. - odditycentral

Artikel Lain