Selepas 10 jam yang menyakitkan, jiran ternampak wanita mencangkung di awal pagi - Dunia | mStar

Selepas 10 jam yang menyakitkan, jiran ternampak wanita mencangkung di awal pagi

Penyelamat terpaksa memotong batang besi sebelum mengeluarkan kepala Aree yang tersepit selama lapan jam.

BANGKOK: Selepas hampir 10 jam menanggung kesakitan, akhirnya wanita yang kepalanya tersepit pada batang besi pagar kediamannya di Nakhon Ratchasima.

Jirannya terlihat Aree Peklang dalam keadaan mencangkung dengan kepalanya tersepit pada pagar itu pada pukul 4.45 pagi.

Susulan itu, unit kecemasan Hospital Khong dipanggil untuk mendapatkan bantuan.

Pemotong besi digunakan untuk memotong sebahagian pagar itu bagi membolehkan kepala Aree 'bebas'.

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong besi itu, sekali gus Aree dapat bernafas dengan sempurna.

Pegawai perubatan juga melakukan rawatan kecemasan ke atas Aree sebelum membawanya ke hospital.

Menjelaskan mengenai kejadian itu, kata Aree dia terjatuh hingga kepalanya tersepit pada pagar itu pada pukul 7 malam ketika berjalan masuk ke kawasan rumahnya. - The Nation/Asia News Network

Hospital Khong , Aree

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain