suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tetamu tak diundang ancam angkasawan di ISS

STESEN Angkasa Antarabangsa (ISS) dilaporkan menerima 'tetamu' tidak diundang yang berupaya membawa penyakit, sekali gus mengancam kesihatan angkasawan.

Menurut laporan kajian berkenaan, Nasa menemui sejenis organisma 'pepijat angkasa' yang dikenali sebagai Enterobacter yang biasanya ditemui di hospital.

Organisma itu ditemui dalam tandas ISS sekitar MAc 2013 dan laporan BMC Mikrobiologi mengatakan, ia mempunyai 79 peratus risiko untuk membawa penyakit kepada angkasawan.

Biarpun tidak serius, bakteria ini tetap memberi ancaman kepada angkasawan.

"Jika pepijat itu kebal dengan ubat, maka ia boleh jadi ancaman yang bahaya kepada angkasawan.

"Namun setelah disiasat, ia tidaklah begitu kuat sehingga boleh memberi ancaman serius kepada angkasawan dalam stesen angkasa itu.

"Penting untuk difahami bahawa ia tidak begitu bahaya yang mana ia bukan ancaman aktif, namun ia masih perlu dipantau," ujar Dr Singh.

Menurut seorang lagi doktor, organisma itu termasuk dalam kategori bakteria yang boleh menyebabkan penyakit terhadap bayi yang baru dilahirkan.

Para saintis juga sedang membuat kajian susulan bagi mengkaji ancaman bakteri itu bagi mengelakkan sebarang masalah di stesen angkasa pada masa akan datang. - Mirror.UK.

 

Stesen Angkasa Lepas

Artikel Lain