suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut pasir gergasi lenyapkan sebuah bandar di China

Keadaan bandar itu sewaktu berlakunya ribut pasir. FOTO: ImageChina/REX

SATU kejadian ribut pasir di wilayah Gansu, China berjaya dirakam baru-baru ini.

Rakaman tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak kerana ribut berkenaan membawa kabus pasir yang banyak, seolah-olah melenyapkan bandar berkenaan.

Sewaktu kejadian, pemandu diarahkan berhenti di tepi jalan manakala orang awam dinasihatkan berada di dalam bangunan atau rumah sahaja tanpa membuka pintu dan tingkap.

Suasana ribut pasir yang menakutkan.

Ribut pasir gergasi itu melanda pada Ahad lalu, lapor Meteorologi China.

Ribut berkenaan bergerak pada kelajuan 17 meter sesaat, melewati bangunan dan rumah dengan debu pasir yang tebal.

Menurut pihak metereologi, ribut pasir itu dibawa dari Gurun Gobi.

Jabatan bomba dan pihak polis turut melakukan rondaan sewaktu kejadian berlaku.

Malah, tahap penglihatan pada waktu itu juga terhad kepada 10 meter sahaja.

Satu lagi ribut pasir dijangka melanda Beijing tidak lama lagi, lapor agensi Xinhua.- Mirror.UK.

 

Ribut Pasir

Artikel Lain