suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iras Meghan dicari, namanya Anna

PENCARIAN wanita yang memiliki wajah seiras Meghan Markle berakhir apabila ditemui di Ural Mountains, Rusia.

Seorang jurugambar mendakwa dapat merakam wajah wanita berkenaan di bandar Yekaterinburg.

Bagaimanapun, sebaik gambar wanita yang dikenali sebagai Anna itu dirakam, dia terus menghilangkan diri.

Jurugambar itu, Vladislav Burnashev pada mulanya tidak perasan persamaan pada wajah wanita berkenaan dengan isteri kepada Putera Harry itu yang ketika ini hamil cahaya mata sulung mereka.

Bagi mengesannya semula, Burnashev memuat naik status di media sosial merayu orang ramai membantunya.

"Boleh sesiapa bantu saya mencari wanita ini? Namanya Anna"

Pelbagai pandangan diberi netizen sebaik Burnashev memuat naik gambar wanita ini, malahan ada yang menganggap dia adalah kembar Meghan yang terpisah sejak kecil.-Metro.co.uk


Meghan, Anna, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain