suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja perempuan dibelasah hingga mati, mayat digantung atas pokok

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati dan mayatnya digantung di atas sebatang pokok di Uttar Pradesh pada Selasa.

Polis berkata mangsa dipercayai dibelasah sehingga mati oleh sekumpulan empat lelaki.

Susulan itu, tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan manakala suspek keempat masih diburu polis.

Abang mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa kumpulan lelaki terbabit menyerang dan cuba merogol adiknya.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas menghadiri upacara keagamaan di Mainpuri.

"Polis tidak menemui tanda-tanda mangsa dirogol selepas meneliti hasil bedah siasat, namun mengesahkan punca kematian akibat dijerut," kata polis.

Pada 2014, penduduk di Mainpuri digemparkan dengan penemuan dua mayat remaja perempuan yang digantung di atas sebatang pokok selepas dirogol beramai-ramai.

Insiden itu mencetuskan protes besar-besaran sehingga memaksa campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). - NDTV.com

mayat, pokok, belasah