suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi kapal karam di Indonesia, 4 maut setakat ini

JAKARTA: Sebuah kapal penumpang yang membawa 139 penumpang dan 48 kenderaan karam di perairan Kepulauan Selayar, Sulawesi Selatan.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, empat penumpang disahkan terkorban setakat ini dan pihak berkuasa masih dalam proses menyelamatkan mangsa terbabit.

Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, kapal KM Lestari Maju itu dilaporkan mengalami kebocoran ketika cuaca buruk sebelum tenggelam.

"Penumpang kapal KM Lestari Maju ketika ini dalam proses diselamatkan oleh bot-bot nelayan dan penyelamat.

"Kapal-kapal besar penyelamat tidak dapat mendekati lokasi kejadian kerana cuaca buruk," katanya dalam satu kenyataan di sini.-- Bernama

Kepulauan Selayar

Artikel Lain