suria

Anak jatuh, lelaki tendang punggung budak main buaian

SEBUAH video tular menunjukkan seorang wanita sedang ‘naik angin’ terhadap seorang lelaki kerana mendakwa anaknya menjadi mangsa kekerasan.

Perbalahan itu berlaku di kawasan permainan di sebuah pusat beli-belah di Jakarta Utara.

Dalam video tersebut dapat didengari wanita itu bengang apabila punggung anak lelakinya ditendang oleh lelaki berkenaan.

"Anak saya menangis ditendang sesuka hati. Nama pun ‘playground’, awasilah anak kamu dengan baik. Kamu boleh cakap saja, jangan tendang, saya pun tak pernah tendang anak saya,” kata wanita itu dalam video tersebut.

Bagaimanapun lelaki itu tidak mahu mengalah.

"Anak kamu tak main buaian dengan cara betul. Kamu juga patut jaga anak sendiri, anak saya masih kecil," katanya.

Lelaki terbabit yang bernama Jonathan Dunan berjaya dihubungi Kumparan pada Jumaat.

Jonathan mengaku menendang punggung anak lelaki wanita itu kerana kecewa anak perempuannya yang masih kecil terjatuh selepas terkena ayunan buaian yang dinaikinya.

"Saya sedang duduk pada jarak lima meter dan ternampak anak saya yang sedang bermain jatuh terkena ayunan budak lelaki itu.

"Umur anak saya kurang dari tiga tahun, kurus, kalau gegar otak bagaimana. Saya spontan menendang budak lelaki itu. Kalau cuma jatuh dan bangun tak ada masalah," kata Jonathan memetik Kumparan.

Menurut Jonathan, budak lelaki itu tidak mengikut peraturan bermain buaian dan ayunannya sangat tinggi.

"Ia berlaku pada Rabu sekitar 6 petang. Budak itu besar, gemuk. Buaiannya hampir hampir 90 darjah, bayangkan bagaimana saya panik. Saya sudah minta periksa CCTV  tapi sekuriti tidak beri tindak balas," katanya.

Bagaimanapun rakaman CCTv tersebut juga telah tular.

Dia juga tidak takut dan tidak peduli jika kes ini dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana menganggap keselamatan anaknya adalah yang paling penting.

"Saya tidak mahu berdamai dan dia kata mahu dakwa, saya juga boleh panjangkan isu ini sebab perbuatan budak itu sangat membahayakan keselamatan orang lain.

Saya lebih takut kalau anak saya kata bapanya tidak membela nasibnya. Saya tak kisah dianggap pengecut," kataJonathan.

Mengenai videonya yang tular, dia juga tidak mempedulikannya.

"Kebetulan saya dari Surabaya dan sudah pulang. Saya tidak ambil pusing video tersebar di Whatsapp dan Facebook,” katanya.

Menurut polis, setakat ini belum ada laporan berhubung kes ini dibuat.

taman permainan, buaian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chopstick dalam zakar

Artikel Lain