suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gim diarah tutup gara-gara video wanita berpakaian ketat

PIHAK berkuasa di Arab Saudi mengarahkan sebuah gim untuk wanita sahaja ditutup selepas video promosi menunjukkan seorang wanita berpakaian ketat sedang bersenam, dimuat naik dalam talian.

Ketua pihak berkuasa sukan Arab Saudi, Turki al-Sheikh mengumumkan penggantungan lesen gim itu di Twitter, dengan menulis: "Kami tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini."

Menurut laporan, Sheikh, yang mempunyai hubungan rapat dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, mengarahkan pegawai untuk menyiasat dan mendakwa individu di sebalik video di gim tersebut di ibu negara Riyadh.

Video tersebut dirakamkan dan dimuat naik oleh seorang personaliti media sosial dan penyampai TV warga Kuwait, Halima Boland.

Menurut pihak berkuasa sukan, rakaman tersebut boleh merosakkan akhlak orang awam.

Ia menunjukkan seorang wanita berpakaian ketat dan mendedahkan rambutnya.

Wanita itu dirakamkan sedang melakukan aktiviti kecerdasan dengan kemudian menunjukkan kemudahan dan peralatan di gim. - Mirror UK

gim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain