suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 nyawa melayang dipanah petir

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 maut, manakala lapan lagi cedera akibat dipanah petir di lokasi berbeza di negeri Bihar yang terletak di timur India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai pada Isnin.

Menurut pegawai itu, semua kematian dilaporkan berlaku di daerah Madhubani, Muzaffarpur, Supaul, Bhagalpur, Madhepura dan Purnia dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar, telah menzahirkan kesedihan di atas kematian itu dan meminta pegawai kesihatan memastikan rawatan sewajarnya diberikan kepada mangsa yang cedera.

Jabatan meteorologi telah meramalkan berlaku ribut petir diikuti angin kencang di tempat-tempat terpencil di Bihar dan Benggala Barat dalam tempoh 48 berikutnya.

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, lebih 2,000 orang maut akibat dipanah petir di India setiap tahun sejak 2005.-- Bernama

petir, Bihar

Artikel Lain