suria

Wartawan ditembak mati ketika FB Live

Penunjuk perasaan melepaskan tembakan semasa protes di Managua.

MANAGUA: Seorang wartawan di Nicaragua ditembak mati ketika sedang membuat Facebook Live mengenai protes antikerajaan yang melanda negara itu.

Ketika kejadian, Angel Gahona sedang melaporkan tentang kemusnahan di sebuah bank di bandar Bluefields apabila dia ditembak secara tiba-tiba pada Jumaat lalu.

Mangsa kemudiannya jatuh terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Beberapa individu yang menyaksikan kejadian itu turut menjerit memanggil namanya dan cuba membantu mangsa.

Bagaimanapun punca dan pihak yang bertanggungjawab menembak Gahona masih belum dikenalpasti.

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam protes yang membantah perubahan pencen dengan mengurangkan faedah keseluruhan sebanyak lima peratus diluluskan kerajaan di bawah pentadbiran Presiden Daniel Ortega pada Rabu lalu.

Beberapa wartawan yang membuat liputan protes tersebut dilaporkan berdepan serangan, ditahan manakala ada peralatan kerja mereka dicuri individu tidak bertanggungjawab.


tembak, FB Live

Artikel Sebelum

Empat maut ketika umrah

Artikel Lain