suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

31 maut di Kabul, pengebom berani mati letupkan diri

KABUL: Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar pusat pendaftaran mengundi di sini pada Ahad dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 31 maut dan leboh 50 lagi cedera.

Rata-rata mangsa sedang beratur untuk mendapatkan kad identiti, kata sumber.

Pengganas Daesh mendakwa mereka bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Jurucakap kepada menteri kesihatan berkata, letupan itu memusnahkan kereta dan beberapa tingkap bangunan berhampiran turut pecah serta bertaburan di sepanjang jalan.

Ia merupakan serangan paling serius berlaku di Kabul selepas 100 terbunuh dalam serangan bom yang terjadi pada Januari lalu.

Selepas beberapa minggu keadaan kembali tenang, satu lagi letupan berlaku di Dasht-e Barchi, sebuah kawasan yang terletak di barat Kabul dan dihuni oleh golongan minoriti Shi'ite Hazara.

Kawasan itu kerap diserang dan didakwa dilakukan oleh pengganas Daesh.

"Terdapat wanita dan kanak-kanak. Semua orang perlu datang ke sini untuk mendapatkan kad identiti mereka," kata Bashir Ahmad yang berada berhampiran insiden letupan itu.

Serangan itu masih berlaku biarpun langkah-langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan. - Reuters

pengebom berani mati

Artikel Lain