suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puluhan mayat dalam kubur besar

PULUHAN mayat termasuk militan dan orang awam ditemui dalam satu kubur besar di bekas kubu kuat Daesh di Raqa, kata seorang pegawai tempatan pada Jumaat.

"Hampir 50 mayat dibawa keluar dari kubur tersebut, yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 mayat," kata Abdallah al-Eriane.

Kubur berkenan terletak di sebuah padang bola sepak, berhampiran hospital yang menjadi tempat persembunyian militan sebelum mereka dihalau keluar dari bandar berkenaan.

"Nampaknya ia menjadi satu-satunya kubur di kawasan itu dan pengebumian dilakukan secara tergesa-gesa," katanya.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa di Syria dan Iraq telah menemui beberapa kubur besar di wilayah yang pernah dikuasai Daesh.

Pada Februari lalu, tentera Syria menemui kubur besar mengandungi lebih 30 mayat yang dibunuh Daesh di bandar sama. 

kubur besar, mayat

Artikel Lain