suria

Empat nyawa melayang, penembak bogel diburu

SEORANG lelaki tanpa seurat benang pada tubuhnya telah melepaskan tembakan yang meragut empat nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya empat orang.

Kejadian berlaku awal pagi Ahad di sebuah restoran di pinggir Nashville, Tennessee, demikian menurut polis.

Jabatan Polis Metropolitan Nashville berkata, kejadian berlaku di Waffle House di Antioce di selatan Nashville pada pukul 3.25 pagi.

"Seorang pelanggan restoran itu bergelut untuk merampas senapang penembak berkenaan.

"Lelaki berkulit putih dan berambut pendek itu dalam keadaan bogel. Dia melarikan diri sebaik kejadian itu berlaku," kata pasukan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan berhubung insiden berkenaan.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Travis Reinking, 29 dari Morton, Illinois, demikian lapor CBS News.

"Kenderaan yang digunakan suspek didaftarkan atas nama lelaki itu," menurut kenyataan itu lagi.

Kali terakhir suspek dilihat sedang berjalan di Murfreesboro Pike.-TheJakartaPost

Nashville, Travis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain