suria

Arca susunan batu unik warnai pantai Sepanyol

ARTIS seni arca berhimpun di Scotland bagi merebut gelaran juara penyusun batu menerusi pertandingan unik ini yang pertama kali diadakan tahun lalu.

Lebih 30 peserta dari Amerika Syarikat, Sepanyol, dan sekitar Britain untuk Kejohanan Menyusun Batu Eropah kedua di Dunbar, dekat Edinburgh, pada Ahad.

Dunbar adalah tempat kelahiran aktivis alam dan pemuliharaan, John Muir pada 1838.

Peserta perlu menghasilkan karya seni yang kompleks dan mencabar graviti menggunakan pelbagai jenis dan bentuk batu di acara yang berlangsung di pantai Eye Cave.

Pengasas kejohanan itu, James Craig Page berkata, sambutan yang baik mendorong untuk penganjuran kali kedua.

Kali pertama pertandingan seumpama itu diadakan adalah pada 2016, namun secara kecil-kecilan bagi peserta Britain.

Menerusi pertandingan itu, setiap peserta disyaratkan supaya memastikan alam sekitar tidak terjejas.

"Kami mahu memastikan karya seni mereka tidak menjejaskan alam semulajadi," katanya.

Pertandingan kali ini dimenangi peserta Sepanyol, Pedro Duran, diikuti wakil England, James Brunt yang menghasilkan susunan batu ala roller coaster.

Pedro Duran, Page, Dunbar

Artikel Sebelum

Artikel Lain