Pemandu Uber pekak popular gara-gara satu nota! - Dunia | mStar

Pemandu Uber pekak popular gara-gara satu nota!

AWAL minggu ini, pengguna Twitter tersentuh hati dengan seorang pemandu Uber yang berpangkalan di London bernama Onur.

Segalanya bermula apabila pengguna @lilghostgirl menaiki Uber yang dipandunya dan terlihat satu nota yang digantung di kerusi, menjelaskan bahawa dia mempunyai masalah pendengaran, tetapi kekurangan itu tidak menghalangnya daripada melakukan tugasnya.

Bagi penumpang yang tidak biasa dengan BSL (Bahasa Isyarat British) Onur menjelaskan bahawa mereka masih boleh berkomunikasi dengannya sama ada melalui mesej teks atau melalui 'notepad', yang boleh ditunjukkan kepadanya apabila kereta berhenti.

Dia juga berharap semua tetamunya dapat membuat diri masing-masing berasa selesa, menyatakan bahawa mereka boleh menggunakan kabel AUX untuk memainkan muzik sendiri dan jika bunyi bass kuat, dia juga dapat menikmatinya muzik tersebut bersama mereka.

Turut mendapat perhatian adalah penggunaan emoji cermin mata hitamnya.

Tanpa disangka-sangka Onur menjadi 'selebriti segera' di Twitter dan telah berkongsi pujian yang diterima di akaun peribadinya.

Dia jarang menulis tweet yang mana sebahagian besar postingnya lamanya adalah mengenai dompet yang hilang dan pertunjukan kereta.

Tetapi selepas notanya tular, dia telah meluangkan sedikit masa untuk membalas beberapa komen pengguna yang terpikat dengan tulisannya dengan mendoakan agar hari mereka sentiasa baik.

Malah model dan pelakon Nyle DiMarco juga telah menggunakan platformnya untuk membincangkan tentang masalah pendengaran dan turut mencadangkan pertemuan dengannya apabila dia berada di London.

Onur telah bertindak balas, membuktikan secara jelas bahawa internet tidak selalunya memberikan keburukan. -Indy100

pemandu Uber , pekak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat maut ketika umrah

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain