suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Naik angin' pasukan bola kalah, 11 cedera dirempuh

Seramai 11 orang cedera dalam kejadian dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki selepas pasukan bola yang disokongnya kalah dalam satu perlawanan. Foto Ben Harries/Wales News Service

GARA-gara pasukan bola sepak yang disokongnya kalah dengan 5-0 dalam satu perlawanan di sebuah kampung, seorang lelaki bertindak merempuh orang awam, mengakibatkan 11 orang cedera.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan kerana melakukan rempuhan itu sebaik sahaja perlawanan tamat di padang Cornelly United di North Cornelly, South Wales di England.

Menurut polis, pemandu berkenaan dihantar ke lokap selepas suspek turut dikaitkan dengan insiden berlainan.

Kesemua mangsa yang cedera berusia antara 14 dan 18 tahun.

Polis menyiasat kes tersebut dengan mendapatkan saksi dan mana-mana rakaman telefon mudah alih berhubung insiden itu. - Mail Online UK


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain