suria

Korea Utara henti ujian nuklear, ICBM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengumumkan bahawa negara itu akan menghentikan semua ujian nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Serentak dengan itu juga, Jong Un turut memerintahkan penutupan tapak ujian atom milik negera berkenaan.

Deklarasi terbabit yang sekian lama dinantikan Amerika Syarikat (AS) dianggap amat penting dari aspek hubungan diplomatik ke atas Semenanjung Korea serta negara lain di sekitarnya.

Ia dibuat kurang seminggu sebelum Jong Un dijadualkan bertemu pemimpin Korea Selatan, Moon Jae In dalam sidang kemuncak Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua negara dan Presiden AS, Donald Trump.

"Memandangkan aspek persenjataan senjata nuklear ini telah disahkan, kita tidak perlu lagi melaksanakan sebarang ujian nuklear atau melancarkan ujian peluru berpandu jarak sederhana, jarak jauh atau ICBM.

"Misi ujian nuklear Korea Utara telah berjaya disempurnakan," katanya pada perhimpunan jawatankuasa pusat Parti Pekerja, seperti dilaporkan agensi berita KCNA.

Pyongyang di bawah pemerintahan Jong Un telah melaksanakan pembangunan pesat program senjata, menyebabkan negara itu dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC), AS, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan beberapa negara lain.

Tahun lalu negara berkenaan melancarkan ujian nuklear keenam yang dianggap terkuat dan terbesar setakat ini serta melancarkan ujian peluru berpandu yang berkeupayaan untuk terbang sehingga ke bahagian utama Amerika.

Kim Jong-un

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain