suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak autisme hasilkan model Titanic guna 56,000 Lego

MODEL kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter panjang telah berjaya dihasilkan seorang budak autisme menggunakan 56,000 kepingan Lego.

Budak lelaki kelahiran Iceland itu mempamerkan hasil karyanya itu di Muzium Titanic di Pigeon Forge, Tennessee di Amerika Syarikat.

Brynjar Karl Birgisson berkata, dia mula membina model itu ketika berusia 10 tahun menggunakan lakaran kapal itu yang dilukis bersama datuknya.

"Model kapal ini siap sepenuhnya selepas 11 bulan," katanya.

Berasal dari Reykjavik, Iceland, anak istimewa ini berkata, projek ini membantunya untuk menangani masalah sebagai kanak-kanak autisme.

Kini berusia 15 tahun, dia menganggap ada pelbagai cara untuk menjadi insan yang dapat memberi sumbangan.

"Walaupun autisme itu ada kalanya dianggap menakutkan, tetapi terima kasih kepada keluarga kerana banyak memberi sokongan kepada saya," katanya.

Fakta sejarah mencatat Titanik karam pada 15 April 1912 selepas merempuh apungan ais gergasi di Lautan Atlantik ketika melalui pelayaran sulungnya.-SCMP





Titanic, Lego

Artikel Lain