suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cenderahati tembikar serikan perkahwinan Meghan-Harry

SEBUAH perusahaan tembikar di Britain kini giat memproses mug perkahwinan Putera Harry dan pasangannya Meghan Markle.

Mug itu dihias dengan teks bertulis "game changers, free spirits, big hearts dan well-suited."

Harry, cucu kepada Ratu Elizabeth dan Markle, pelakon yang membintangi siri drama Amerika Syarikat, Suits, bakal disatukan di Windsor, barat London, 19 Mei ini.

Kilang seramik Emma Bridgewater di Stoke-on-Trent, terletak di tengah-tengah England, kota yang popular dengan pengeluaran tembikar.

Pekerjanya kini sedang sibuk menyiapkan mug yang dibuat dengan tangan.

Seramai 60 pekerja menggunakan teknik tradisional bagi menghasilkan acuan mug itu.

Jenama itu sudah diperkenalkan lebih 30 tahun lalu sejak dibuka pada 1985.

Sebelum ini, ia pernah menghasilkan mug untuk sambutan jubli intan Ratu Elizabeth dan mug perkahwinan Putera William dan Kate Middleton.

"Di Staffordshire, kami ada tradisi yang meraikan sambutan kebangsaan termasuklah perkahwinan diraja.

"Penghasilan mug kami dapat dilihat sejak zaman Charles II dan kami teruja untuk melihat ia diraikan sempena perkahwinan Harry dan Markle pula," ujar  pengasas jenama dan pereka mug, Emma Bridgewater kepada Reuters. - The Jakarta Post

Meghan, Harry, mug

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain