suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut tembak diri sendiri semasa 'FB Live'

Gambar hiasan.

BANGKOK: Seorang lelaki maut selepas menembak dirinya sendiri mengunakan pistol buatan sendiri menerusi video penstriman secara langsung di laman sosial Facebook (Facebook Live) di wilayah Samut Prakan, awal pagi Khamis.

Balai Polis Bang Plee menerima maklumat berhubung kejadian bunuh diri yang berlaku di tempat letak kereta Nilabol Condo di Kampung Moo 9 di Tambon Bang Plee Yai, daerah Bang Plee, pada pukul 3 pagi.

Naphattarakul Phachayakan, 37, maut selepas menembak di bahagian dahi.

Mayatnya ditemui di hadapan trak pikapnya. Pistol buatan sendiri jenis 38 Revolver dijumpa bersebelahan dengan mayat.

Polis yang tiba di lokasi kejadian turut menjumpai telefon pintar milik mangsa dengan Facebook Live masih berlangsung.

Berdasarkan semakan pada klip tersebut, polis mendapati mangsa menembak dirinya sendiri sebanyak dua kali tetapi tembakan tersasar.

Polis menyoal siasat teman wanita mangsa dan difahamkan kedua-duanya sering bertengkar.

Wanita itu mahu memutuskan hubungan kerana mangsa dikatakan sering menghabiskan gajinya untuk berhibur bersama rakan-rakannya. – The Nation/Asia News Network

FB Live

Artikel Sebelum

Ibu 'teman' ketika kerja

Artikel Berikut

Artikel Lain