suria

100 maut, akhirnya polis cekup dalang kes arak beracun

Samsudin (gambar kecil) ditahan di sebuah ladang sawit, selepas sepasukan polis menyerbu kediaman mewahnya.

JAKARTA: Angka kematian akibat meminum arak beracun yang mencecah 100 orang telah mendorong pihak polis giat memburu dalang kes berkenaan.

Siasatan dan maklumat yang diperoleh akhirknya suspek utama yang membuat arak beracun sebelum mengedarkannya ke seluruh Indonesia telah ditahan.

Detik News melaporkan, Samsudin Simbolon ditahan awal pagi Rabu ketika bersembunyi di sebuah ladang sawit.

Sebelum itu, pasukan polis menyerbu rumah mewah miliknya yang dijadikan kilang membuat arak buatan sendiri.

Samsudin dipercayai bertanggungjawab menghasilkan dan mengedar arak beracun berkenaan hampir ke seluruh negara dan meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Jawa Barat.

Beberapa suspek lain dipercayai pekerja Samsudin berjaya melarikan diri dan sedang diburu.

“Kita akan membawanya ke Jakarta dan kemudian ke Bandung,” kata Ketua Polis Jawa Barat, Agung Budi Maryoto.

Menurutnya, Samsudin akan didakwa atas pertuduhan menjual barangan berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup.

Sejak Mac lalu sekurang-kurangnya 100 mangsa maut akibat keracunan, manakala puluhan yang lain kritikal dipercayai akibat meminum arak buatan sendiri tersebut.

Simbolon, Maryoto

Artikel Lain