suria

Lelaki tak bernafsu dengan wanita lepas makan ubat tahan sakit dan dia gembira!

-foto SWNS

SEORANG lelaki berusia 23 tahun mendakwa ubat tahan sakit yang diambilnya menyebabkannya dirinya hilang daya tarikan seksual terhadap wanita.

Scott Purdy dari Lincolnshire, UK, mula mengambil Pregabalin, yang juga dikenali sebagai Lyrica, selepas kakinya patah dalam kemalangan ketika bermain go-kart.

Sebelum menyedari tentang perkara ini, dia telah berhenti mencari teman wanitanya yang sudah dikenali selama enam bulan atau mana-mana wanita lain, sebaliknya mula tertarik dan mahu mendapat perhatian kaum lelaki.

Jadi dia berhenti mengambil ubat itu selama beberapa minggu dan tarikan kepada lelaki beransur hilang.

Bagaimanapun, dia akhirnya berpisah dengan teman wanitanya dan kembali mengambil ubat tersebut, kerana ia membuatkan dirinya berasa gembira dengan kebebasan seksualiti.

"Saya perasan nafsu saya untuk wanita telah tiada dan saya mahukan perhatian lelaki. Saya telah bersama dengan seorang teman wanita selama enam bulan," kata lelaki berusia 23 tahun itu.

"Saya tak pernah minat dengan lelaki tetapi beberapa minggu selepas saya mengambilnya, saya tidak nampak fizikal wanita itu menarik. Dia tahu saya ambil Pregabalin.

"Saya beritahu bahawa saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku kepada diri saya dan memberitahunya saya lebih sukakan lelaki. Dia agak faham," tambahnya.

Purdy pada asalnya telah ditetapkan untuk mengambil Codeine, tetapi terpaksa diberikan Pregabalin pada Januari disebabkan beberapa kesan sampingan yang negatif.

Dia berkata jika dia tahu bahawa ubat-ubatan akan menjadikannya seorang gay, dia tidak akan bersetuju untuk mengambilnya, tetapi sekarang ia telah berlaku, dan hakikatnya dia sebenarnya gembira mengenainya.

"Saya rasa jika ini juga berlaku kepada orang lain tetapi tidak masuk akal kesan sampingannya buat saya gembira," katanya.

"Saya tidak marah kerana ia membuatkan saya jadi diri sendiri.

"Pada masa ini saya sedang berkenalan dengan seorang lelaki dan dalam beberapa minggu lagi saya akan berjumpa dengannya. Dia ada di London. Itulah yang saya inginkan sekarang. Saya mahu bersamanya sekarang."

Dihasilkan oleh gergasi farmaseutikal, Pfizer, Pregabalin adalah ubat yang digunakan untuk merawat sakit kronik, keresahan dan epilepsi.

Populariti ini telah berkembang besar-besaran sejak mendapat lesen pada tahun 2011 dan doktor sebelum ini menyeru tindakan keras terhadapnya, kerana laporan ketagihannya.

Walaupun mengambil Pregabalin mempunyai beberapa potensi kesan sampingan, perubahan orientasi seksual bukanlah salah satu daripadanya dan selain daripada Scott Purdy, tidak ada kes seperti ini pernah direkodkan.

Lyrica, Pregabalin, gay

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain