suria

Babun guna 55 gelen tong lepaskan diri dari pusat penyelidikan

Gambar dari Texasbiomed.

EMPAT babun yang diletakkan di pusat kemudahan penyelidikan bioperubatan Texas, Amerika Syarikat (AS), telah melarikan diri pada Sabtu lalu selepas mengetahui cara untuk menggunakan sebuah tong besar.

Babun itu ditempatkan di Pusat Penyelidikan Primate Kebangsaan Southwest yang merupakan sebahagian daripada Institut Penyelidikan Boperubatan Texas di San Antonio.

Pusat penyelidikan itu menempatkan sekitar 2,500 haiwan termasuk 1,100 babun yang digunakan untuk kajian mengenai obesiti, penyakit jantung dan penolakan insulin.

Gambar babun terlepas yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Daniel Schneider.

Babun yang terlepas itu ditempatkan di ruang udara terbuka bersama 133 babun jantan lain yang tidak digunakan untuk sebarang ujian.

Ruang tersebut dikelilingi oleh dinding yang terlipat ke dalam bagi mengelakkan monyet-monyet itu daripada melompat keluar.

Bagaimanapun, babun-babun tersebut menggulingkan 55 gelen tong dan menegakkannya sebelum memanjat tong-tong itu untuk melompat keluar. 

Seekor daripada empat babun itu kemudiannya kembali selepas berjaya memanjat dinding tersebut, walaupun rakannya yang lain melarikan diri. - Huffington Post

babun

Artikel Lain